500-an SM

 Milenium:    Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1  
 Abad:   Abad ke-7 SM • Abad ke-6 SM • Abad ke-5 SM
 Dekad    530-an SM • 520-an SM • 510-an SM • 500-an SM  
490-an SM • 480-an SM • 470-an SM  

Dekad 500-an SM merupakan tahun-tahun dari 509 SM hingga 500 SM.



Peristiwa dan arah aliran

  • 13 September 509 SM - Kuil Jupiter di Bukit Capitoline, Rom ditahbiskan pada ides September.
  • 508 SM - Jawatan pontifex maximus dicipta di Rom.
  • 507 SM - Cleisthenes, reformis Yunani, berkuasa dan meningkatkan demokrasi.
  • 506 SM - Perang Bai ju: Angkatan tentera Kemaharajaan Wu di bawah Sun Tzu menewaskan angkatan tentera Chu.
  • 505 SM - Pemilihan pasangan konsul Rom yang pertama.
  • 4 Disember 502 SM - Gerhana suria menggelapkan Mesir (tarikh terhitung; tidak terdapat sebarang pencerapan rekod sejarah yang jelas).
  • 502 SM - Liga Latin menewaskan Etruska di bawah Lars Porsenna di Aricia.
  • 502 SM - Naxos memberontak terhadap penguasaan Parsi dan mencetuskan Pemberontakan Ionia.
  • 501 SM - Cleisthenes membaharui demokrasi di Athens.
  • 501 SM - Naxos diserang oleh Empayar Parsi.
  • 501 SM - Sebagai balasan terhadap ancaman oleh Sabine, Rom mencipta jawatan diktator.
  • 501 SM - Confucius dilantik sebagai gabenor Chung-tu.
  • 501 SM - Gadir (di Cádiz kini) ditawan oleh Carthage (tarikh anggaran).
  • 500 SM - Orang-orang yang bertuturan bahasa Bantu berhijrah ke Uganda barat daya dari barat (tarikh anggaran).
  • 500 SM - Pelarian dari Teos menetap semula di Abdera.
  • 500 SM - Darius I dari Parsi mengisytiharkan bahasa Aramia sebagai bahasa rasmi separuh barat empayarnya.
  • 500 SM - Tarikh ini menandakan keakhiran peradaban Zaman Gangsa Nordik dalam sistem penzamanan Oscar Montelius dan permulaan Zaman Besi Pra-Rom.
  • 500 SM - Jumlah penduduk dunia: 100,000,000 [1]
  • 500 SM - Pengasasan republik pertama di Vaishali, Bihar, India.
  • Puak Gutaii bermula pada sekitar masa ini di Afrika Tengah dan Selatan.

Tokoh-tokoh

Lihat juga: Senarai ketua negara pada tahun 500 SM

Rujukan

  1. ^ Angka purata daripada berbagai-bagai sumber, sebagaimana yang disenaraikan dalam laman web Biro Banci Amerika Syarikat di Anggaran Sejarah Jumlah Penduduk Dunia