Ōfunato, Iwate

Ōfunato
大船渡市
Bandar
Bendera Ōfunato
Lokasi Ōfunato di Iwate
Lokasi Ōfunato di Iwate
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahIwate
Pentadbiran
 • Datuk BandarKimiaki Toda
Keluasan
 • Jumlah323.28 km2 (124.82 batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokPokok Pain
- BungaCamellia
- BurungLarus crassirostris
Nombor telefon0192-27-3111
Alamat15, Sakarichō Aza Utsunosawa, Ōfunato-shi, Iwate-ken
022-8501
Laman sesawangŌfunato City

Ōfunato (大船渡市code: ja is deprecated , Ōfunato-shi) ialah sebuah bandaraya pantai yang terletak di Wilayah Iwate, Jepun. Ia ditubuhkan pada 1 April 1952. Pada 15 November 2001, bandar Sanriku dari Daerah Kesen digabungkan dengan Ōfunato.

Sejarah tsunami

Ōfunato terletak amat dekat dengan sebuah gunung berapi dasar laut, dan sering mengalami gempa bumi.

Gempa bumi Meiji-Sanriku 1896 menimbulkan tsunami setinggi 25 meter yang membunuh 27,000 orangf di Sanriku. Gempa bumi Sanriku 1933 mencatat magnitud 8.4 dan menyebabkan tsunami berukuran 28 meter yang meragut 1,522 nyawa.

Ōfunato menarik perhatian antarabangsa setelah dilanda oleh tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi Valdivia di Chile pada 22 Mei 1960.

Pusat bandar Ofunato selepas tsunami 2011.

Ōfunato sekali lagi menjadi tajuk utama berita setelah dibinasakan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.[1] Ombaknya dianggarkan mencapai ketinggian 23.6 meter,[2] dituangkan oleh teluk yang sempit ke pedalaman sejauh 3 kilometer.[3] Kira-kira 3,498 daripada 15,138 rumah di bandar itu musnah dan 305 nyawa disahkan terkorban dalam bencana itu.[4][5]

Rujukan

  1. ^ Ofunato devastated by tsunami BBC report, 12 March 2011
  2. ^ 23.6-meter-high tsunami triggered by March 11 quake: survey Kyodo News, 23 March 2011
  3. ^ A thousand bodies a day will be recovered every day now The Age, 22 March 2011
  4. ^ NOAA tsunami data table
  5. ^ Gilhooly, Rob, "strive to start picking up the pieces", Japan Times, 27 March 2011, p. 7.

Pautan luar

  • (Jepun) Tapak web rasmi
  • l
  • b
  • s
Wilayah Iwate
Morioka (ibu wilayah)
Bandar utama
Bendera Wilayah Iwate
Bandar-bandar
Daerah Higashiiwai
  • Fujisawa
Daerah Isawa
Daerah Iwate
Daerah Kamihei
Daerah Kesen
Daerah Kunohe
Daerah Hinohe
Daerah Nishiiwai
Daerah Shimohei
Daerah Shiwa
Daerah Waga