Nymphalidae

Nymphalidae
Klasifikasi ilmiah
Kerajaan:
Animalia
Filum:
Arthropoda
Kelas:
Insecta
Ordo:
Lepidoptera
Superfamili:
Papilionoidea
Famili:
Nymphalidae

Rafinesque, 1815
Subfamili
  • Apaturinae
  • Biblidinae
  • Calinaginae
  • Charaxinae
  • Cyrestinae
  • Danainae
  • Heliconiinae
  • Libytheinae
  • Limenitidinae
  • Morphinae
  • Nymphalinae
  • Satyrinae

dan rujuk teks rencana

Diversitas
Lebih dari 600 genus
Sekitar 5.700 spesies

Nymphalidae adalah famili yang terdiri dari sekitar 5.000 spesies kupu-kupu yang tersebar di seluruh dunia. Kupu-kupu dalam famili ini biasanya berukuran sedang hingga besar, serta mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan sayap yang berwarna-warni terang. Kenampakaan bawah sayapnya sering kelihatan kusam dibanding dengan kenampakan atas, dan bahkan dalam beberapa spesies tampak seperti daun layu, yang dapat menjadi kamuflase.

Famili ini meliputi spesies terkenal seperti Nymphalini, Aglais dan Heliconiini.

Filogeni

Filogeni Nymphalidae bersifat rumit. Beberapa takson tidak jelas kedudukannya, dan beberapa subfamili pernah dianggap sebagai bagian yang tergolong famili lain karena kurangnya penelitian.

Terdapat lima klad utama dalam famili ini:[1]

Klad libitein (basal)

  • Libytheinae (Dahulunya famili Libytheidae.)

Klad danain (basal)

  • Danainae (Dahulunya famili Danaidae.)
Famili tumbuhan inang termasuk Apocynaceae, Asclepiadoideae (subfamili Apocynaceae), dan Moraceae.
  • Ithomiini (Sekitar 300 spesies neotropis. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Ithomiinae.)
Kebanyakan spesies berkepak panjang, ada yang berkepak transparan. Tumbuhan inang tergolong dalam famili Apocynaceae, Gesneriaceae dan Solanaceae.
  • Tellervini (Sekitar 6–10 spesies di Australasia. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Tellervinae.)
Ulatnya menyerupai ulat Danainae dan memakan Apocynaceae.

Klad satirin

  • Calinaginae (Sekitar 6 spesies, terbatas di Himalaya.)
Memimik Danainae dan terbatas kepada tumbuhan inang dalam famili Moraceae.[2]
Kupu-kupu kanopi tropis. Kebanyakan spesiesnya dapat melakukan mimikri Bates. Tumbuhan inang dalam famili Annonaceae, Celastraceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fabaceae, Flacourtiaceae, Lauraceae,Myrtaceae, Piperaceae, Poaceae, Rhamnaceae, Rutaceae, Santalaceae and Sapindaceae.[2]
  • Morphinae (termasuk Amathusiini, adakalanya dianggap sebagai subfamili Amathusiinae.)
Termasuk Morpho neotropis. Tumbuhan makanan termasuk Arecaceae, Bignoniaceae, Fabaceae, Menispermaceae, Poaceae dan Sapindaceae.
  • Brassolini (Neotropis dengan 70–80 spesies. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Brassolinae.)
Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Bromeliaceae, Heliconiaceae, Musaceae, dan Poaceae.[2]
  • Satyrinae (Dahulunya famili Satyridae.)
Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Araceae, Cyperaceae, Heliconiaceae, Poaceae, dan Selaginellaceae.

Klad helikoniin (kelompok saudara klad nimfalin; tidak termasuk bekas tribus Biblidini dan Cyrestini, dan tribus Pseudergolini dan Coeini.)

  • Heliconiinae (Dahulunya famili Heliconiidae.)
Kupu-kupu tropis berwarna-warni yang terkenal kerana mimikri Müller. Semua spesies menggunakan tumbuhan inang dalam famili Passifloraceae.
  • Acraeini (Kebanyakan berasal dari Afrika, tetapi juga terdapat spesies Asia. Adakalanya dianggap sebagai famili Acraeinae.)
Tumbuhan inang dalam famili Asteraceae, Passifloraceae, Sterculiaceae, Tiliaceae dan Urticaceae.
  • Limenitidinae

Klad nimfalin (kelompok saudara klad helikoniin; juga meliputi tribus Coeini dan Pseudergolini)

  • Apaturinae (Kebanyakan tropis)
Tumbuhan inang dalam famili Ulmaceae.
  • Biblidinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
  • Cyrestinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
  • Nymphalinae (Subfamili besar yang adakalanya merangkumi Limenitidinae dan Biblidinae.)
Sebagian spesies bermigrasi. Sebagian ulat berduri. Tumbuhan inang termasuk Acanthaceae, Caprifoliaceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fagaceae, Flacourtiaceae,Lamiaceae, Loranthaceae, Moraceae, Plantaginaceae, Poaceae, Rubiaceae, Rutaceae, Salicaceae, Sapindaceae, Scrophulariaceae, Urticaceae dan Verbenaceae.[2]

Rujukan

  1. ^ Niklas Wahlberg, Elisabet Weingartner & Sören Nylin (2003). Gisella Caccone & Giacomo Bernardi, ed. "Papers presented at the Mammalian Phylogeny symposium during the 2002 Annual Meeting of the Society for Molecular Biology and Evolution, Sorrento, Italy, June 13–16, 2002" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 28 (3): 473–484. doi:10.1016/S1055-7903(03)00052-6. PMID 12927132. Diarsipkan dari versi asli (PDF) tanggal 2007-10-25. Diakses tanggal 2012-08-28.  Parameter |chapter= akan diabaikan (bantuan)
  2. ^ a b c d Philip J. DeVries (2001). "Nymphalidae". Dalam Simon A. Levin. Encyclopedia of Biodiversity. Academic Press. hlm. 559–573. doi:10.1016/B0-12-226865-2/00039-0. ISBN 978-0-12-226865-6. 
Pengidentifikasi takson