Kulim, Malaysia

Kulim merupakan salah satu sebuah daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.

Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim (atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.

Asal usul

Kulim dipercayai dibuka dan diami pada 1758 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.).

Pokok Kulim

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Trasportasi

Jalan Raya

Kulim juga mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Butterworth-Kulim menghubungkan Kulim dengan Pulau Pinang di utara dan bandar-bandar di Sekitarnya. Terdapat dua susur keluar ke Kulim melalui Lunas atau Kubang Semang

Bis

Kulim mempunyai stesen bas yang agak besar dan selesa iaitu Stesen Bas Kulim. Stesen Bas Kulim mempunyai dua terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar. Stesen Bas Kulim dianggap unik kerana berhadapan dengan sebuah tasik buatan manusia yang indah dan kini dijadikan taman sekitarnya. Rahim Sekawan

Wali kota

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;

  • Kawasan Dewan Undangan Negeri N35 Kulim (27,147)
    • Bilangan pengundi Melayu: 59.48% Cina: 24.59% India: 15.62% Lain: 0.31%
Calon Parti Undi
Boey Chin Gan BN(MCA) 13,497
Tang Fuie Wah Keadilan 6,132
    • Majoriti-diperolehi:7,365 ; Jumlah Undi:20,296 ; Undi Rosak:640 ; % Mengundi:70.66
    • Dalam keputusan pilihan raya 1999, dimenangi oleh: Datuk Yong Pau Chak (Barisan Nasional) dengan mayoriti 5,868 undi.

Tempat-tempat di Daerah Kulim

  • Karangan
  • Kelang Lama
  • Kulim (Bandar)
  • Padang Serai
  • Lunas
  • Taman Teknologi Tinggi Kulim
  • Mukim Keladi

Lihat pula

  • Pelancongan Di Kulim
  • The Tree Top Walk Sungai Sedim

Pranala luar

  • Bandar Kulim
  • Peta-peta Kulim
  • l
  • b
  • s
Daerah
Baling Bandar Baharu Kota Setar • Kuala Muda • Kubang Pasu • Kulim • Langkawi Padang Terap Pendang • Pokok Sena • Sik • Yan
Kota utama
Alor Setar (ibu kota)
Kota
Anak Bukit • Baling Bandar Baharu Bedong • Bukit Kayu Hitam • Bukit Selambau • Changlun Guar Chempedak • Gurun • Jeniang • Jitra Kodiang • Kota Sarang Semut • Kuah • Kuala Kedah Kuala Ketil • Kuala Nerang • Bandar Kulim • Langgar Lunas Merbok • Padang Matsirat • Pendang • Pokok Sena • Sik • Sintok Sungai Petani • Tanjung Dawai • Tokai • Yan
Pulau


Artikel bertopik geografi atau tempat Malaysia ini adalah sebuah rintisan. Anda dapat membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s